Pages

Monday, June 24, 2024

DAFTAR KURSUS KAHWIN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA SEBELUM KENAIKAN YURAN 2024

  𝐊𝐚𝐝𝐚𝐫 𝐘𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬 𝐊𝐚𝐡𝐰𝐢𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟒  𝐝𝐢𝐣𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚 𝐍𝐚𝐢𝐤 𝐒𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐑𝐌𝟏𝟓𝟎? 



Kuala Lumpur November 2023, Tidak dapat dinafikan peningkatan kos bahan mentah, tarif elektrik, penyewaan premis dan bahan bakar antara faktor terbesar yang menyumbang kepada kos sara hidup yang tidak dielakkan dan golongan B40 adalah paling ramai yang terkesan.


Industri perkahwinan selepas pkp antara industri yang paling terkesan selepas melalui tempoh pkp dimana tempahan untuk sewaan dewan, catering, pelamin telah merosot secara mendadak dan ada yang terpaksa mengulang tikar dan trend anak-anak muda sekarang lebih cenderung untuk memilih 𝐓𝐫𝐞𝐧𝐝 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐡𝐰𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐩𝐤𝐩 untuk membuat perkahwinan secara sedarhana yang hanya melibatkan ahli keluarga, saudara mara dan kenalan terdekat sahaja. Ini secara tak langsung menjimatkan kos dan mengurangkan bebanan bakal pengantin dalam membuat persediaan majlis perkahwinan mereka.


Baru baru ini, pada 30-31 Oktober 2023, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Majlis standard penarafan pusat-pusat kursus praperkahwinan wilayah Persekutuan yang berlangsung di Avillion Admiral Cove, Port Diskson, pada majlis ini pihak jawi telah menyampaikan amanat dan amanah serta memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pusat-pusat praperkahwinan wilayah Persekutuan mengikut prestasi sepanjang 2022 hingga 2023.


Pada Majlis tersebut, Komuniti gabungan pusat-pusat kursus praperkahwinan wilayah Persekutuan yang dianggotai 26 pusat kursus telah mengusulkan permohonan kenaikan yuran kursus kahwin akibat dari tekanan dari kenaikan yang mendadak kos makanan, tarif elektrik dan sewaan bangunan, usul ini telah di utarakan dan pihak jawi akan membawa usul ini ke peringkat tertinggi jabatan untuk diperhalusi dan dibincangkan bagi mengelakkan bebanan kepada bakal-bakal pengantin dan pada masa  yang sama juga mengurangkan bebanan pusat-pusat kursus praperkahwinan wilayah Persekutuan.

𝐌𝐞𝐧𝐠𝐢𝐤𝐮𝐭 𝐫𝐞𝐤𝐨𝐝, 𝐭𝐞𝐫𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐛𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐩𝐚 𝐧𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐚𝐤𝐮 𝐤𝐞𝐧𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐲𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐤𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 𝐤𝐞𝐧𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐲𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐌𝟏𝟐𝟎 𝐤𝐞 𝐑𝐌𝟏𝟓𝟎 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟑, 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐧𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐑𝐌𝟏𝟎𝟎 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐌𝟖𝟎 𝐝𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐑𝐌𝟏𝟏𝟓 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐌𝟏𝟎𝟎

Bakal-bakal pengantin adalah disarankan untuk mengambil kursus praperkahwinan awal sebelum Ogos 2024 bagi mengelakkan peningkatan kos peningkatan yuran dan bagi yang belum ada tarikh perkahwinan lagi juga boleh mengikuti kursus awal kerana sijil masih sah seumur hidup. Rujuk https://whatsform.com/Kursuskahwinkl

Bagi admin, Rasanya semua pasangan muslim di negara ini pun tahu, ‘Sijil Kursus Kahwin’ ini antara dokumen yang wajib ada bila nak melangsungkan pernikahan. Jadi nak tak, wajib pergi kursus kahwin ini untuk medapatkan sekeping kertas berharga tersebut selain ilmu rumah tangga  yang berlangsung selama 13 jam

Admin percaya pihak terbabit sudah tentu akan menjalankan kajian secukupnya sebelum harga ‘kursus kahwin’ ini dinaikkan dengan mengambil kira bebanan bakal-bakal pengantin dan kos-kos kenaikan yang terpaksa ditanggung oleh pusat-pusat kursus.

Sijil kursus kahwin itu pula adalah kehendak undang-undang negara dan bukannya termaktub dalam hukum agama tapi terpaksa diambil sebab itulah ‘law’ kalau nak bernikah, atas dasar memberi kesedaran kepada anak-anak muda yang bakal melangsungkan perkahwinan bertapa pentingnya ilmu pengurusan rumahtangga, kewangan, kesihatan, pentingnya solat dalam menjamin kesejahteraan sesebuah perkahwinan dan prosedur pernikahan


Jika berlaku kenaikan harga pada tahun 2024 sebanyak RM10 ke RM30 mungkin kecil bagi sesetengah orang tapi buat bakal pengantin yang tak lena tidur dok memikirkan kos kenduri kendara dan kos selepas nikah sejajar dengan peningkatan kos hidup,dan tidak mustahil adanya yang bakal-bakal pengantin ini ada yang postpone dulu hasrat nak kahwin sebab perkara basic iaitu ambil sijil kursus kahwin dulu pun dirasakan mahal sangat.

Apa pun kepada bakal pengantin, berbelanja la kenduri ikut kesedarhanaan dan kemampuan tidak perlu dibuat secara besar-besaran, yang penting perkara baik dimudahkan dan dihalalkan.

Dan dari admin,  kepada bakal-bakal pengantin, berkursus lah segera ..jangan sampai last minit baru nak mecari tempat untuk berkusus kahwin, banyak lagi prosedur selepas kursus kahwin seperti penyediaan borang, hiv test ..persiapkan diri dan segala dokumen agar perjalanan pernikahan anda berjalan lancar dengan hendak-nya


Untuk rujukan dan tempahan boleh klil link dibawah

https://whatsform.com/Kursuskahwinkl

Jom Daftar Kursus sebelum Ogos 2024, sebelum kenaikan yuran baru RM150


No comments:

Post a Comment